Blog's Birthday

Lilypie Angel and Memorial tickers
I am looking for friends who are willing to wait for a bus queue and huddle in the commuter at a time when others were busy looking for friends with cars. =)
Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Sunday, January 15, 2012

Kahwin Cara Melayu atau Islam?

ni nurul terbaca di wall seorang kawan sekolah menengah nurul. yang terkejutnya dia chinese taw. dan komennya hanyalah 'well said :)'


terkejut jgak sebab dia mcm interested nk baca artikel2 mcm ni.


Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.


Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)



p.s: u want a great wedding or a great marriage? tepuk dada tnya selera~


p.s: semenjak dua menjak ni duk google mcm mn nk jga anak bg berakhlak mulia. mmg skip habis la bab2 kahwin. haha. sebab pk nk duk umah, kot la gaduh ngn adik ke bolehlah berdebat. *mcmlah kau dulu berakhlak mulia sgt. hHAHAHAHA






Photobucket

Wednesday, January 11, 2012

Cukuhkah amalan kita sekarang?

Nurul bangun awal arini sebab nak sahur untuk puasa.. ^^V


sebenarnya, nurul nak wat review pasai satu produk ni. tapi mmg seyes xde mood semlm sebab mengantok kritikal. So, nurul pun tidur... Habis2 selesai misi pagi ni, nurul berblogwalking. Nurul tgok ramai org diduga mcm2 jenis awal2 tahun ni. Ada yg diduga dengan harta benda, kelaparan dan juga kesenangan. Nurul pun terbuat flashback pasai hidup nurul. n juga flashback nurul pasai hidup masa akan datang. Nurul dah umur 23 tahun, xmustahil dalam tempoh 5 tahun akan datang, nurul akan berkahwin dan ada anak2. Tibe2 terpikir, Kalau lah tb2 Allah duga nurul masa tempoh nurul nak kahwin tu mcm mn? Contoh; mcm xde duit ke. Lepas tu, tb2 terlintas di hati nurul. Biarlah Allah nk duga nurul mcm mn sekalipun sebab selepas tu barulah kita akan rasa kemanisannya kan? Hurm. lepas tu, mula la hati ni duk pikir. mcm2 yg dipikirnya. Terus ingat kata2 Nik Aziz ni.



Ni xde mengena ngn politik ek. Cuba baca isi dalamnya. 


Orang zaman dulu sampai nak beli selimut pun tidak ada duit. Ada suami isteri yang tidur berlaga belakang sebab nak tumpang panas. Tapi Alhamdulillah sampai ke tua tak pernah berbalah sampai bercerai berai. Orang hari ni gaji besar, dua tig abulan bercerai. Ini menunjukkan bahagia itu bukan pada harta yang banyak, tetapi pada jiwa yang tenang. Tenang ini bukan boleh beli di market, tetapi ia datang daripada Allah SWT


Mmg mendalam maksudnya. Sebab tu kot zaman tok nenek kita dulu mn hot kes2 cerai ni. Tapi ape yg nurul nak tekankan kat sini bukan pasai life after kahwin. :P Tapi pasai ketenangan. Ketenangan yg bukan boleh beli di kedai tapi datangnya dari Allah. Ada sesetengah org merelease tension dengan membeli n blah di shopping centre. Semua itu tidak berpanjangan. Bila balik rumah, runsing duit habis lagi. Runsing runsing! Tapi bila Allah berikan kita ketenangan, bnda susah pun jadi senang dengan izinNya.Tak de nak beli selimut, nak beli mknan ape lagi kan? 


Dugaan Allah tu dtg dengan pelbagai cara bukan hanya dengan kesusahan tapi juga dengan kesenangan. Masa tu lah Allah uji kita sama kita pass atau tidak tu perkara len. 


Tapi yang pasti kita mesti terima hakikat Qada dan Qadar dari Allah SWT. Pasti ada hikmah tersirat disebalik kejadian yaang berlaku untuk kita menilai kembali segala amalan dan ibadah sebelum ini. 

Allah telah memberitahu melalui firmannya dalam surah Al-Baqarah: ayat 155-156 yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan dengan merasai kelaparan , dan dengan berlakunya kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. 

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami lah kami kembali.....”
Harta benda tidak dapat memberi kebahagiaan. Ni peringatan untuk nurul jugak. *Nurul ni kn budak akaun. Ada sikit la sifat mata duitan tu. :P Yang penting tabah dan sentiasa menambah ilmu berkaitan denganNya. Benda itu semua tidak kekal. Sebab kepadaNya jugak kita kan kembali. baju terakhir kita adalah kain kapan putih bukan Gucci, Prada atau Padini. Rumah terakhir pula adalah diperbuat dari kayu. Amat sempit sekali. Bukan rumah banglo 3 tingkat ke. Air cond pun xde. Apatah lagi kipas. Kasut pun xde. Mmg di dunia 'sana', kita sama je. Tidak kiralah ank toke balak ke. Sama je kat bawah. Semua akan ditanya oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Tidah seorang pun akan terlepas dari ni.

Ada tiga soalan yang Malaikat Mungkar dan Nakir akan tanya..

Siapakah tuhanmu?

Apa agamamu?

Siapakah Nabi mu?
Nurul kadang2 pikir, ntah di alam sana, senang ke lidah nak ucap yang Allah tuhanku, Islam adalah agamaku, Nabi Muhammad adalah Nabiku. Memang sedih sgt pikir, semakin hari, semakin dekat kita dengan ajal kita. harini, kita boleh bangun n uruskan diri sendiri. Tb satu masa, org yang akan urus kita. Tapi cukupkah amalan kita itu pada masa tu? Amalan kita semasa hendak mengadap Allah.

Walaupun amalan kita tidak semestinya semasa hidup, tapi cukupkah? pahala bukan sahaja dibuat ketika kita hidup tetapi juga selepas kita meninggal. Ada tiga amalan yang boleh dibawa selepas mati iaitu dari Abu Hurairah r.a bahwa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:-

“Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)
Nurul rasa yang last tu susah nak buat. Anak yang soleh. nanti nurul ada ank, nk didik anak menjadi anak yg soleh. senang ke? *xsabarnya nak ada ank kah kah kah  Sebab yang first and second tu nrul boleh usahakan sendiri. Mmg kita boleh plan yang kita nk didik ank kita mcm mn. Tapi bila dah ada ank betul2, mampukah kita tb2 emo pagi ni. Aku ni anak yang baik ke? Susah nk jadi anak. apatah lagi ibu nanti. harapan nurul bila ada anak nanti supaya mendapat didikan agama yang secukupnya. Boleh jugak tolong nurul nanti bila di alam barzakh nanti =).

Ada jugak yang pikir, nape nk jadi ank yang soleh, mak ayah aku bukan org bek2. *mesti ada, jgn tipu.. sebab ada di dunia ni yang mak dia pelacur, ayah dia perogol, minum arak, bersocial, xtutup aurat dan lain2 lagi.Hurm. nurul percaya jugak hukum karma. Kalau kita xusaha nak jadi anak yg soleh/solehah, nanti kita pun xdapat ank yg soleh/solehah. Baiki diri kita dulu sebelum kita nak baiki hidup org lain. Kita berdoalah kepada Allah semoga mereka berubah ke arah kebaikan. Kita sebagai manusia dikurniakan akal pikiran untuk memirkan yang mana yang baik dan yang mn yg buruk. InsyaAllah tenang je hati... =) Peringatan untuk nurul jugak ni. Jgn lah kita duk mempertikaikan amalan ibadat anak2 kita nanti. mana nk tahu amalan ibadat kita lebih banyak dari kita atas usahanya sendiri. Sebab nk blajar agama ni bukan senang. Kena ada minat dan kesedaran diri jugak. kalau ank kita tu xde minat dan kesedaran diri, susah jugak. Maybe dia wat senyap2 dan tidak depan2. Sebab nurul tgok sekarang ni, ramai je yang duk 'berlawan' nk buat amalan. Bukan untuk mendapat keredhaanNya tapi untuk mendapat pujian dan lain2. Ni plak boleh membuatkan kita riak. Pasai riak nurul cerita entry plak ek. Dah rasa agk pjg dah. hehehe

Ape lagi ek nrul nak cerita pagi2 ni. Sebab sebak je hati ni, bila di'review'amalan di dunia. Bagus jugak bangun awal2 subuh ni. Dapat jugak berfikir.. bukan berangan. Mana nk tahu, kot nyawa xpjg. *Abah selalu marah bila nurul kata ni. Tapi xsalahkan kalau kita sentiasa ingat mati. kan kan?

Akhir kata dari tuan punye blog,



 Ni lah destinasi akhir kita. Sentiasa ingat. Nurul setiap lalu tepi kubur, takut sgt. n automatik terlintas di hati. Nilah destinasi last nurul.*the last destinantion Cantik ke x destinasi tu, berdasarkan amalan kita sekarang. Bak kata pepatah

di dunia kite yg menjaga amalan.. 
di akhirat amalan yg menjaga kita..
InsyaAllah.. Marilah sama2 doakan semoga kita semua mendapat keredhaan dari Nya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SukargambarkanperhimpunandipadangMahsyarpatutinsaf/Article

boleh lah baca link di atas atas untuk tmbahan. Penulis adalah naib juara Imam Muda.. =)

p.s: tb2 emosional pagi ni. tunggang terbalik je entry kali ni. sebab ni semua ikhlas dari pandangan hati.. =)

Photobucket

Thursday, December 29, 2011

Molekul Air

Mengantok giler kot sekarang ni. Tapi gagah jugak nurul untuk menaip ni. Sebab ntah. takut plak kot ada yang rindu *statement muntah hijau

ok. Tak ramai tahu, aktiviti nurul setiap kali ari khamis. Selepas rawatan tu, nurul pun pikir sorang2. Ape yg ustaz tu kata. Dia suruh nurul minum air yg dijampi2nya setiap ari. Pagi n mlm. Busy mcm mn pun wajib minum. ok. Tapi ape yg nurul pikirkan bukan pasal diri nurul sebenarnya. macam mn dengan air yg dijampi, penyakit nurul boleh lega ek? Bukan nk kata tak percaya. percaya tu percaya. Just terlitas di hati nk tahu. Bila ustaz tu cakap perubatan moden tu sebenarnya dari perubatan islam. Lagi la nurul terpikir. Duk sembang2 ngn roomate. Dia kongsi pasal ape yang dia tahu. tahukah anda apa yang terjadi pada molekul air bila kita baca ayat quran? Adakah molekul air berbeza bila baca ayat quran n diaca lagu2 rock metal? Maybe yg dah tahu. Nurul just kongsi yg mn xtahu ek. Nurul pun search la tenet. Sebab nk gmbar2 molekul2 air. Ada hasil kajian dari Jepun.

Tahukah anda, bila air yg dibaca ayat2 quran, molekul2 air akan bertukar jadi cantik. 

tahukah???

 Lepas tu, bila on lagu hard rock metal, jadi hodoh sgt2. lau tak tau, meh nk habaq. mmg btul ok. molekul air jadi lawa maknanya elok la kan. Lepas tu, kita minum, dia akan bg effect bagus lah untuk badan kita. hehehe. lepas ni nk wat habit, minum air je, baca bismillah dulu. Memang betul lah, air ni boleh 'mendengar kata2, membaca tulisan dan mengerti pesanan.hehehe

Masa nk masak tu pun sama. jangan nk mencarut2 tau mengata kat org sebab maybe dia kan effect org yg mkn mknan tersebut.Sebagai peringatan kepada nurul jugak. Alunan ayat Quran rupenya boleh berubah sesuatu yang hodoh menjadi cantik. So, lepas ni nk kena pentingkan juga isu ni. Jgn men redah je ok. Nurul nak kongsi gmbar2 nurul dapat dari tenet k.. hehe





tengoklah perbezaan molekul air yg dibaca ayat Quran, ucapan terima kasih dan mendengar lagu heavy metal? Berbezakn? Namapak scary je molekul ar yg lagu heavy metal tu..

Lepas tu, tahukah kamu, yang badan kita ni majoriti terdiri daripada air? Bayangkan kalau kita duk dengar umpatan2, perkara negatif, ape la terjadi kat molekul air dalam badan kita? renung2kanlah ye kawan2 sekalian.


namapak sgt lah perbezaan antara molekul air yg rock2 ngn baca ayat quran.. terus ada perasaan ingin tahu sgt.. =)

p.s: Allah hanya duga hambaNya ikut kemampuan hambaNya itu sendiri. tak lebih2 dan xkurang.. =)
Photobucket

Saturday, December 24, 2011

Mandi Limau Nipis

Sejak oktober lepas saya dah mula mengamalkan mandi air limau nipis.
cara2nya:
Perah 3 biji air limau nipis kedalam sebaldi atau segayung air,
kemudian bacakan al fatihah sebanyak 7 kali dan hembuskan pada air,
mandi dan ratakan seluruh badan.

Petua ni saya dapat dari ustaz kazim dalam ceramahnya yang bertajuk "digigit jin". Kalaupun bukan sebab digigit jin apa salahnya  mencuba kan. Mandi air limau nipis atau limau purut di galakkan mak untuk kesihatan cuma tak pernah dibacakan apa2.
Alhamdulillah berikut adalah tanda2 perubahan yang mula saya nampak secara agak obvious

1. Sejak dari kecil selalu terdapat kesan2 lebam sebesar duit syiling di paha yang tidak dikatahui sebabnya dan tidak menyakitkan setiap kali bangun tidur. Ianya berterusan sampai saya besar. Kalau 1 lebam dah baik, besoknya muncul lagi yang lain. Selepas saya mula amalkan, even sejak mula kali pertama mandi, lebam2 sudah tidak kelihatan
2. Baran dan rasa cepat nak naik darah juga mula dapat dikawal. Kalau dahulu saya cepat geram dalam situasi2 kecil. Nak marah aja rasanya

3. Period cycle mula teratur sedikir demi sedikit. jika dulu, saya mengalami bleeding in between period cycle. Around ovulation date.sehingga saya musykil ia adalah menstruation atau tidak, ragu2 kena solat atau tidak. Suka2 hati timing dia nak mai
4. Selepas beberapa ketika saya juga dapati amat susah untuk beri tumpuan semasa solat dan rasa sangat2 berat untuk mengerjakannya.Begitu juga semasa belajar, nak cari courage untuk bukak buku tu rasa macam nak kena daki gunung everest, malas yang amat. dan saya cepat lupa apa yang saya baca. Sekarang alhamdulillah. lebih tumpuan.


5. Rimas dikelilingi orang. Rasa nak cepat2 peruk diri dalam bilik sorang2.

6. Rasa terlalu cepat letih dan lenguh satu badan walaupun tak buat apa2 pun berkurangan. Saya rasa lebih segar.

7. Setiap tidur saya pasti akan diselitkan dengan mimpi. Otak banyak berfikir lah kan. Tapi selalunya selepas 3 ciri di atas appear, pattern mimpi saya akan menjadi pelik. Lebih kepada menakutkan. Dan saya akan terjaga dari tidur akibat sakit kepala yang amat sangat secara tiba2. Pernah juga mimpi berborak dengan arwah moyang khemah yang menanyakan sama ada saya mahu terima belaan saka harimaunya atau tidak.sekarang tiada mimpi pelik lagi.

8. Kemuncak pada semua simptom di atas, saya akan sakit dada tanpa diketahui sebabnya. Sakit sentiasa masa menarik dan menghembus nafas. Sakit amat sampai rasa macam ada paru2 berair ke apa. berterusan upto 1-2 weeks. nak buat apa pun xjadi kerja.

biasanya saya amalkan sebulan 1-2 kali. kalau nampak simptom2 mula appear, saya mandi.

~limau nipis biasa digunakan oleh pengamal perubatan, dipercayai boleh meneutralkan bisa2 ilmu sihir dll. Saya bukanlah seorang yang percaya sangat pada benda2 mistik ni. Perihal ghaib kita wajib percaya. cuma saya xda nak percaya sangat ia sedang lekat. Amalan mandi air limau ni lebih kepada kesihatan pada saya. Dan sejujurnya inilah effect yang saya alami sendiri. Kita hanya mampu berusaha, dan yang memberi kesembuhan itu adalah dari ALLAH S.W.T jua.

wassalam

copy n paste dari sini

p.s: xsalahkan kalau kita cuba something yg membawa kebaikan kepada kita.. =)

Photobucket

Friday, December 23, 2011

rawatan ruqyah

Sapa yang tak tau. Nurul batuk berpanjangan. sejak balik aritu, duk batuk. dekat sebulan jugak kot. Dah 2 botol ubat batuk nurul humban still batuk. ingat ke, ubat batuk sponsor, legalah kan. hehe. batuk smpai kadang2 rasa mcm nk terkeluar je ank tekak ni. hurm.

Lepas tu ada baca pasai rawatan ruqyah ni. Mula2 agk xpham la pasai rawatan ni mcm mana. Mujarab ke.

Masa nama nurul dipanggil. gementar jugak satu badan nurul.lepas tu dia baca ayat2 quran dan hembus2. sekarang nurul dah xbatuk. dia xbagitaw ape- ape yg pelik. dia kata nurul just runsing. huhuhu. mn xnya. runsing ngn masalah nk exam xstudy2 lagi nii..

kalau kita berubat dengan org yg betul. insyaAllah boleh lega. kita cuba guna pelbagai kaedah. insyaAllah boleh.

dapat la sebotol air. dia kata sapu kat muka kalau stress. hehehe

p.s: nk guna segala alternatif. boleh? belakang still rasa tamparan ustaz tu. terkuat kot sebab kan patient pertama. hohohohohoho
Photobucket

Sunday, December 18, 2011

doa selepas solat sunat dhuha

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.



Photobucket

Tuesday, December 6, 2011

‎::..PUASA SUNAT HARI ASYURA DAN TASU’A MUHARRAM..::

"Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: “Seafdal-afdal puasa selepas PUASA Ramadhan ialah PUASA dalam bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat 1/3 malam.”
(Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
Rasulullah SAW menggalakkan umatnya berpuasa pada hari Asyura. Sewaktu Nabi SAW berhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.

Rasulullah SAW bertanya:

“Berpuasa apakah kamu ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.” Sabda Nabi SAW: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.”
(Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
.
Nabi SAW bersabda:
“Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu.”
(Musnad Baqi ibn Makhlad)
.
BerPUASA seBAIKnya didahului dengan berPUASA pada Hari Tasu’a (9 hb. Muharam) agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja...

Wallahua'lam..-)



p.s: selamat berpuasa kepada semua.. =)
Photobucket

Wednesday, August 24, 2011

Bekam

Assalamualaikum

nurul arini nak cerita pasai bekam

Ntah nape mood macam xmolek je petang ni. dush. malas sebut dah.

Nurul sebenarnya mcm berminat je ngn bekam ni semenjak nurul tgok pak teh nurul kadang2 balik rumah ngn lebam2 kat belakang dia. Ala2 bekas gigit drakula gitu tapi mulut drakula ni jenis besar. =)

Dalam bahasa omputihnya cupping.


Nurul da wat research sikit pasai kebaikkan bekam ni n tak sangka la plak banyak gak kebaikkan dia. Yang nurul rasa sesuai la bagi yg sibuk n duduk kat kota penuh ngn pencemaran tu(ayat minta penmpor)

Kebaikkannya ialah.... -

• Mengurangkan toksin dalam badan anda tanpa mengambil sebarang ubat
• Membuatkan badan anda menjadi lebih bertenaga
• Membuang angin dalam badan anda
• Mengurangkan sakit kepala / migrain anda
• Mengurangkan diabetes dan kegemukan diri anda
• Mengatasi masalah sukar tidur anda
• Menyegarkan diri anda ketika bangun tidur
• Mengurangkan Sakit Gout / sendi anda
• Mengurangkan resdung anda
• Menormalkan tekanan darah anda
• Menguatkan Sistem Immune badan anda
• Melegakan kebas kaki anda

Banyakkan kebaikkan dia?  Nk lebih yakin, siap ada sabda rasulullah lagi mengenai kebaikkan bekam ni. 

Sabda Rasulullah SAW :
"Jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya"
.......HR Malik

Sabda Rasulullah SAW :
"Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra'kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” ......... Riwayat Ibnu Majah

Lepas tu, seyes lupa pasai bekam ni sampailah dapat satu flyer ada kedai bekam bukak kat changlun. Ingat nk pergi masa final aritu, tp ada pulak kekangan.. Sebab xde sapa teman, risau gak kot pengsan masa duk tggu bus tu.Nak ajak the geng mcm xnk menyusahkan je. Walaupun tahu, kalau ajk, mesti on je. Lepas tu, tarak plak duit. So, abaikan lah hajat nk berbekam sem lepas. InsyaAllah sem ni nurul nk try la berbekam kat Changlun tu.

Selalunya, berbekam ni khas untuk boy. tp bila changlun ni ada plak khas untuk girl. Excited gilers la kot. 

Ingat ke bekam ni galmour kat Malaysia je, rupenya kat luar negara pun glamour gak tau. Tak caya tgok ni.


Sape yg xknal selebriti kat atas ni sila google sekarang =P

Siap ada website lagi tau kedai bekam yg kat changlun. saya tak de dpt komisen tau wt pengiklanan ni. hehehe.

so, ape lagi? Sapa2 yg rasa diri dia berat angkara toksid tu, boleh la try berbekam. Lepas tu gtaw la kat nurul ek. teringin gak nk tahu sebab xpnah try. Nanti kalau dah try. Nurul update sini ye. hehehe

p.s: seyes ngantok yg xboleh tido tu... huhuhu


Friday, August 12, 2011

4 isteri jagalah yg pertama



Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.
Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.
Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.
Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, “Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.”
Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?” Isteri keempatnya terdiam. “Tentu saja tidak!” jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?”. Isteri ketiganya menjawab, “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati”. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, “Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? ” Si isteri kedua menjawab perlahan, “Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.”
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.” Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.”
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita seringmengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita 

Saturday, May 14, 2011

Solat Istiqarah

Dari aku duk feeling and touching2 bek aku wat satu entry yg bermanfaat la. 

Beberapa mggu sebelum nurul nk balik rumah, ada beberapa kawan nasihat nurul wat istiqarah. Sebab kan masa tu tgah dilemma actually sama ada nk contact balik or not. Sebab rasa lama sgt dah duk bergantung tanpa tali. Dah nk sem last, selepas ni xjumpe dah. Ni spa2 pun xthu punya tau. even Mr. K. hehehe... (seyes, ni bukan alasan atau tipu.lau xcy sudah)

so, first recommended by sapa ntah. lupa sudah sebab ramai sgt rekomen. Nurul pun masa tu setakat dengar jela. sebab xwat research pun. Balik2 bilik terus wat research. hehehe.


Cara Solat Istikhoroh

Solat Istikhoroh dilakukan seperti solat sunnah yang lain iaitu sebanyak dua rakaat, sama ada siang atau malam hari (selama sedang memerlukan petunjuk), dalam setiap rakaatnya membaca al-Fatihah dan surah apa saja yang sudah dihafal, lalu mengangkat tangan sambil berdoa dengan doa istikhoroh yang diajarkan oleh Nabi seperti yang telah disebutkan/dibentangkan di atas (dalam hadis Bukhori dari jalan Jabir Bin Abdulloh). (Asal perkataan ini oleh Ibnu Baz dalam Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawwi’ah, 11/421)

Adakah Dalam Solat Istikhoroh Ada Bacaan Khusus/Tertentu?

Imam Nawawi mengatakan: “Disunnahkan pada raka’at pertama setelah al-Fatihah membaca surat al-Kafirun dan raka’at ke dua setelah al-Fatihah membaca surat al-Ikhlash” (al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab 2/377), hal ini didasari oleh maksud orang yang beristikhoroh supaya mengikhlaskan niatnya hanya kepada Allah, sehingga yang patut dibaca adalah dua surat tersebut.

Sedangkan al-Hafiz al-’Iraqi mengatakan (Perkataan ini dinukil dari Tuhfatul Ahwadzi 2/484): “Aku tidak menjumpai satu hadis pun tentang penentuan bacaan surah-surah khusus dalam solat Istikhoroh.”

Dan keterangan di atas jelaslah bahwasanya pendapat yang lebih kuat adalah tidak adanya ketentuan surah-surah yang dibaca ketika solat Istikhoroh, lantaran tidak ada keterangan dari Rasulullah akan hal itu, dan mereka yang mensunnahkan surah-surah tertentu tidak mendatangkan dalil al-Qur’an dan Sunnah, sehingga kita katakan disunnahkan setelah membaca al-Fatihah di masing-masing raka’at untuk membaca surah apa saja dari al-Qur’an yang telah dihafal.

Berkata Ibnu Bazz (Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawzvi’ah 11/421): “Hendaknya (orang yang solat Istikhoroh) membaca al-Fatihah di setiap raka’at dan membaca surah apa saja yang mudah.”

Bilakah Doa Istikhoroh Dibacakan?

Doa Istikhoroh boleh dibaca samaada sebelum salam atau selepas salam selepas solat dua roka’at. (Sebagaimana fatwa Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ Fatawanya 12/105)

a. Sebelum salam

Adapun dibolehkan membaca do’a istikhoroh sebelum salam ini berdasarkan:

1. Kebanyakan doa Nabi dalam sholat dilakukan sebelum salam (setelah tasyahud akhir), seperti yang dijelaskan oleh Abu Hurairoh, beliau berkata: “Nabi bersabda: Apabila kalian selesai dari tasyahud yang terakhir, hendaklah berdo’a meminta perlindungan kepada Allah dari empat perkara, iaitu mengucapkan (maksudnya);

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab neraka Jahannam, dan azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari fitnah al-Masih ad-Dajjal. (Hadis Riwayat Bukhari 1377, dan Muslim 588)

2. Demikian juga Rasulullah mengajari Abu Bakar tatkala beliau minta diajarkan do’a yang boleh dibaca dalam solatnya, lalu Nabi memerintahkan beliau untuk membaca (maksudnya);

Ya Allah sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak, tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah aku dengan ampunan dari-Mu, dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Hadis Riwayat Bukhari 834 dan Muslim 3/7/27)

3. Dalam Hadis Jabir bin Abdullah, Rasulullah tidak menentukan tempat dibacanya doa istikharah apakah harus dibaca sebelum salam atau setelah salam.

b. Sesudah salam

Sedangkan dibolehkan doa Istikhoroh dibaca sesudah salam berdasarkan zahir hadis yang menunjukkan doa tersebut dibaca sesudah salam, sebagaimana Nabi bersabda (yang ertinya): “Apabila di antara kalian berkeinginan/bermaksud terhadap suatu perkara, hendaklah solat sunnah dua rakaat bukan termasuk wajib, kemudian berdo’a...”

Berkata Ibnu Baz: “Sholat Istikhoroh hukumnya sunnah, dan do’a istikhoroh tempatnya setelah salam sebagaimana (zahir) hadis yang telah datang dari Rasulullah” (Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawwi’ah 11/421422). (Demikian juga difatwakan oleh Lajnah Da’imah dalam Fatwa no. 10666)

Apa Yang Dilakukan Setelah Solat Istikhoroh Dan Bermusyawarah?

Imam Nawawi r.h. berkata (Perkataan Imam Nawawi (dinukil secara bebas) ini dinukil oleh Imam Syaukani dalam Nailul Author 2/298): “Setelah seseorang melakukan solat Istikhoroh, sebaiknya dia menjalani apa yang dia rasakan lapang dadanya terhadap perkara tersebut baik meneruskan maksudnya atau meninggalkannya.”

Kemudian beliau melanjutkan perkataannya:

“Bagi orang yang hendak beristikhoroh hendaklah ia menghilangkan kecondongan hatinya terhadap suatu perkara sebelum melakukan solat dan doa Istikhoroh, dan tidak selayaknya bersandar kepada adanya kecondongan hati sebelum istikhoroh, kerana apabila ada kecondongan hati sebelum istikhoroh, lalu dia melakukan istikhoroh, bererti dia tidak beristikhoroh, kerana istikhoroh dilakukan ketika bimbang dan meminta dipilihkan yang terbaik dari Allah untuknya.”

Boleh Mengulang Solat Istikhoroh Dalam Satu Perkara

Ibnu Utsaimin berkata (Dinukil secara bebas dari Syarh Riyadhus Sholihin oleh Ibnu Utsaimin 2/515): “Setelah melakukan solat dan do’a istikhoroh, apabila merasa lapang dadanya terhadap suatu perkara baik meneruskan atau meninggalkan, maka inilah yang diharapkan, tetapi apabila tetap bimbang dan tidak merasa lapang dadanya, maka dia boleh mengulangi solat dan doa Istikhorohnya ke dua kali, ke tiga kalinya, dan seterusnya, hal ini lantaran orang yang beristikhoroh adalah orang yang meminta petunjuk kepada Allah akan kebaikan yang akan dia lakukan sehingga apabila tidak jelas baginya kebaikannya atau tetap ragu maka dia boleh beristikhoroh berulang kali.”

Adakah Tanda-Tanda Dikabulkannya Permintaan?

Sebahagian orang berkata: “Setelah melakukan solat dan doa Istikhoroh, maka akan datang petunjuk dalam mimpinya, maka diambil pilihan sebagaimana mimpinya,” oleh kerana itu ada sebagian orang berwudhu’, lalu melakukan solat dan doa istikhoroh, kemudian terus tidur (mengharap petunjuk datang melalui mimpi), bahkan sebahagian mereka menyengaja memakai pakaian berwarna putih (supaya bermimpi baik), semua ini hanyalah prasangka manusia (yang tidak ada dasarnya). (Lihat Bahjah an-Nadzirin Syarh Riyadhus Sholihin oleh Syaikh Salim bin led al-Hilali 2/44)

Kesimpulan

1. Rasa bimbang, ragu, dan ketidak-tahuan baik dan buruknya suatu perkara adalah hal yang wajar, kerana semua itu termasuk tabiat dan keterbatasan manusia.

2. Solat Istikhoroh adalab solat yang dilakukan untuk minta petunjuk kepada Allah kebaikan perkara yang sedang dihadapi.

3. Para ulama bersepakat (ijma’) bahawa solat Istikhoroh hukumnya sunnah.

4. Solat Istikhoroh disunnahkan bagi segenap perkara baik besar atau kecil, selama seseorang bimbang atau ragu ataupun tidak mengetahui maslahatnya di masa akan datang/terkemudian.

5. Apabila sudah terdapat kecondongan hati atau mengetahui tentang baiknya perkara (dari awal lagi), maka tidak disunnahkan beristikhoroh, ini kerana solat Istikhoroh itu dilakukan adalah bagi tujuan meminta petunjuk, dan Allah memerintahkan hambanya yang telah melaksanakannya supya bertawakal kepada Allah.

6. Istikhoroh disunnahkan dalam perkara-perkara yang asalnya mubah, adapun perkara wajib dan sunnah, maka tidak disunnahkan istikhoroh, ini kerana kebaikannya sudah jelas adanya, sebagaimana perkara haram dan makruh tidak disunnahkan istikhoroh kerana keburukannya sudah jelas adanya.

7. Tidak terdapat dalil yang sah tentang pengkhususan bacaan surah-surah al-Qur’an dalam solat Istikhoroh.

8. Doa Istikhoroh boleh dibaca dalam solat (sebelum salam) atau di luar solat (sesudah salam)

9. Dibolehkan mengulangi solat Istikhoroh dalam satu perkara apabila diperlukan.

10. Ketenangan hati dan kelapangan dada kepada suatu perkara setelah melakukan solat istikhoroh adalah tanda petunjuk dari Allah, dan tidak terdapat dalil yang sah tentang keharusan melihat mimpi setelah beristikhoroh.

Demikianlah yang dapat dibentangkan dari beberapa penjelasan/keterangan para ulama tentang solat Istikhoroh, mudah-mudahan kita mendapat petunjuk dari Allah sehingga kita dapat melangkah sesuai dengan apa yang digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya dan mendapatkan yang terbaik dan sisi-Nya dengan jalan taat dan istiqomah di atas landasan-Nya, amiin.


ni copy and paste saja nooo.. hehehe

ok. nurul wat sekali dua ja xsilap. sebab mmg xdan. sebab dah nak study week lepas tu. Selepas beberapa HARI, Allah bagi pentunjuk clear punya. Xde was2. Pengakuan dari mulut beliau sendiri. Secara tb2 pun ada. Maybe tb masa untuk nurul berhenti fikir pasal dia dan bergerak ke depan. Xde mimpi2 sebab nurul ni mmg jenis xmimpi sgt lau tido. tapi, selepas pengakuan tu, ada mimpi la si dia pergi meninggalkan nurul. Ok fine. dah faham.So, mmg solat istiqarah ni bagus la. Tapi bukan untuk jodoh je. Sume2 boleh. Kerja ke, ape2 jela. Janji xmemudaratkan. hehehe.

p.s: kdg2 ape yg kita nak tu xsama ngan ape yg Allah nk bagi. Tapi kita kena redha sebab pilihanNya adalah 
terbaik untuk kita. (betul xtipu. ni bukan alasan)

p,s kepada p.s: mr. k xboleh baca sebab broadband dah kena bar. lalalalal~

Thursday, May 12, 2011


Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.
Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.
Cahaya iman mungkin?
Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?
Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa
Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.
Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.
Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata
Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.
Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!
Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupasemata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.
Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.
Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.
p.s: saya nk cantik dengan cahaya keimanan. tolong jgn kritik saya yg mula nk merangkak ni. setiap org wat ksilapan.