Blog's Birthday

Lilypie Angel and Memorial tickers
I am looking for friends who are willing to wait for a bus queue and huddle in the commuter at a time when others were busy looking for friends with cars. =)
Showing posts with label deep inside. Show all posts
Showing posts with label deep inside. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

makin aku cintakris dayanti & anang




Caramu Mencintaiku
Menjauhkan kecurangan
Seperti bintang
Yang setia pada bulan

Memegang kukuh janji
Menemani aku sampai mati
Terpasung hati
Tulusmu mendampingi diriku

Makin aku cinta
Cermin sikapmu yang mampu
Merendam rasa keakuanku
(Mengerti, memahami cinta)

Caramu memanjakan ku
Kau rujuki kesejukan pagi
Memasang hati
Tulus aku, memasrahkan diri

Jangan pernah terbesit hati
Meragukan kesetiaan yang tercurah
Aku dan dirimu ditakdirkan satu
Langit jadi saksi


p.s: lagu feveret zaman tok kaduk dahulu
Photobucket

Wednesday, January 18, 2012

quote of the day

Jgn pernah hina yang miskin kerana yang kaya tak tentu boleh tahan jika tidak berharta.Kecekalan si miskin itulah harta mereka.

p.s: Learnt a lesson here.
Photobucket

Thursday, January 12, 2012

Harini rawatan terakhir nurul di Masjid Sultanah Badlisyah, UUM. Alhamdulillah.. Moga Nurul sihat seperti sedia kala.. amin~
Photobucket

Wednesday, January 11, 2012

Cukuhkah amalan kita sekarang?

Nurul bangun awal arini sebab nak sahur untuk puasa.. ^^V


sebenarnya, nurul nak wat review pasai satu produk ni. tapi mmg seyes xde mood semlm sebab mengantok kritikal. So, nurul pun tidur... Habis2 selesai misi pagi ni, nurul berblogwalking. Nurul tgok ramai org diduga mcm2 jenis awal2 tahun ni. Ada yg diduga dengan harta benda, kelaparan dan juga kesenangan. Nurul pun terbuat flashback pasai hidup nurul. n juga flashback nurul pasai hidup masa akan datang. Nurul dah umur 23 tahun, xmustahil dalam tempoh 5 tahun akan datang, nurul akan berkahwin dan ada anak2. Tibe2 terpikir, Kalau lah tb2 Allah duga nurul masa tempoh nurul nak kahwin tu mcm mn? Contoh; mcm xde duit ke. Lepas tu, tb2 terlintas di hati nurul. Biarlah Allah nk duga nurul mcm mn sekalipun sebab selepas tu barulah kita akan rasa kemanisannya kan? Hurm. lepas tu, mula la hati ni duk pikir. mcm2 yg dipikirnya. Terus ingat kata2 Nik Aziz ni.



Ni xde mengena ngn politik ek. Cuba baca isi dalamnya. 


Orang zaman dulu sampai nak beli selimut pun tidak ada duit. Ada suami isteri yang tidur berlaga belakang sebab nak tumpang panas. Tapi Alhamdulillah sampai ke tua tak pernah berbalah sampai bercerai berai. Orang hari ni gaji besar, dua tig abulan bercerai. Ini menunjukkan bahagia itu bukan pada harta yang banyak, tetapi pada jiwa yang tenang. Tenang ini bukan boleh beli di market, tetapi ia datang daripada Allah SWT


Mmg mendalam maksudnya. Sebab tu kot zaman tok nenek kita dulu mn hot kes2 cerai ni. Tapi ape yg nurul nak tekankan kat sini bukan pasai life after kahwin. :P Tapi pasai ketenangan. Ketenangan yg bukan boleh beli di kedai tapi datangnya dari Allah. Ada sesetengah org merelease tension dengan membeli n blah di shopping centre. Semua itu tidak berpanjangan. Bila balik rumah, runsing duit habis lagi. Runsing runsing! Tapi bila Allah berikan kita ketenangan, bnda susah pun jadi senang dengan izinNya.Tak de nak beli selimut, nak beli mknan ape lagi kan? 


Dugaan Allah tu dtg dengan pelbagai cara bukan hanya dengan kesusahan tapi juga dengan kesenangan. Masa tu lah Allah uji kita sama kita pass atau tidak tu perkara len. 


Tapi yang pasti kita mesti terima hakikat Qada dan Qadar dari Allah SWT. Pasti ada hikmah tersirat disebalik kejadian yaang berlaku untuk kita menilai kembali segala amalan dan ibadah sebelum ini. 

Allah telah memberitahu melalui firmannya dalam surah Al-Baqarah: ayat 155-156 yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan dengan merasai kelaparan , dan dengan berlakunya kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. 

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami lah kami kembali.....”
Harta benda tidak dapat memberi kebahagiaan. Ni peringatan untuk nurul jugak. *Nurul ni kn budak akaun. Ada sikit la sifat mata duitan tu. :P Yang penting tabah dan sentiasa menambah ilmu berkaitan denganNya. Benda itu semua tidak kekal. Sebab kepadaNya jugak kita kan kembali. baju terakhir kita adalah kain kapan putih bukan Gucci, Prada atau Padini. Rumah terakhir pula adalah diperbuat dari kayu. Amat sempit sekali. Bukan rumah banglo 3 tingkat ke. Air cond pun xde. Apatah lagi kipas. Kasut pun xde. Mmg di dunia 'sana', kita sama je. Tidak kiralah ank toke balak ke. Sama je kat bawah. Semua akan ditanya oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Tidah seorang pun akan terlepas dari ni.

Ada tiga soalan yang Malaikat Mungkar dan Nakir akan tanya..

Siapakah tuhanmu?

Apa agamamu?

Siapakah Nabi mu?
Nurul kadang2 pikir, ntah di alam sana, senang ke lidah nak ucap yang Allah tuhanku, Islam adalah agamaku, Nabi Muhammad adalah Nabiku. Memang sedih sgt pikir, semakin hari, semakin dekat kita dengan ajal kita. harini, kita boleh bangun n uruskan diri sendiri. Tb satu masa, org yang akan urus kita. Tapi cukupkah amalan kita itu pada masa tu? Amalan kita semasa hendak mengadap Allah.

Walaupun amalan kita tidak semestinya semasa hidup, tapi cukupkah? pahala bukan sahaja dibuat ketika kita hidup tetapi juga selepas kita meninggal. Ada tiga amalan yang boleh dibawa selepas mati iaitu dari Abu Hurairah r.a bahwa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:-

“Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)
Nurul rasa yang last tu susah nak buat. Anak yang soleh. nanti nurul ada ank, nk didik anak menjadi anak yg soleh. senang ke? *xsabarnya nak ada ank kah kah kah  Sebab yang first and second tu nrul boleh usahakan sendiri. Mmg kita boleh plan yang kita nk didik ank kita mcm mn. Tapi bila dah ada ank betul2, mampukah kita tb2 emo pagi ni. Aku ni anak yang baik ke? Susah nk jadi anak. apatah lagi ibu nanti. harapan nurul bila ada anak nanti supaya mendapat didikan agama yang secukupnya. Boleh jugak tolong nurul nanti bila di alam barzakh nanti =).

Ada jugak yang pikir, nape nk jadi ank yang soleh, mak ayah aku bukan org bek2. *mesti ada, jgn tipu.. sebab ada di dunia ni yang mak dia pelacur, ayah dia perogol, minum arak, bersocial, xtutup aurat dan lain2 lagi.Hurm. nurul percaya jugak hukum karma. Kalau kita xusaha nak jadi anak yg soleh/solehah, nanti kita pun xdapat ank yg soleh/solehah. Baiki diri kita dulu sebelum kita nak baiki hidup org lain. Kita berdoalah kepada Allah semoga mereka berubah ke arah kebaikan. Kita sebagai manusia dikurniakan akal pikiran untuk memirkan yang mana yang baik dan yang mn yg buruk. InsyaAllah tenang je hati... =) Peringatan untuk nurul jugak ni. Jgn lah kita duk mempertikaikan amalan ibadat anak2 kita nanti. mana nk tahu amalan ibadat kita lebih banyak dari kita atas usahanya sendiri. Sebab nk blajar agama ni bukan senang. Kena ada minat dan kesedaran diri jugak. kalau ank kita tu xde minat dan kesedaran diri, susah jugak. Maybe dia wat senyap2 dan tidak depan2. Sebab nurul tgok sekarang ni, ramai je yang duk 'berlawan' nk buat amalan. Bukan untuk mendapat keredhaanNya tapi untuk mendapat pujian dan lain2. Ni plak boleh membuatkan kita riak. Pasai riak nurul cerita entry plak ek. Dah rasa agk pjg dah. hehehe

Ape lagi ek nrul nak cerita pagi2 ni. Sebab sebak je hati ni, bila di'review'amalan di dunia. Bagus jugak bangun awal2 subuh ni. Dapat jugak berfikir.. bukan berangan. Mana nk tahu, kot nyawa xpjg. *Abah selalu marah bila nurul kata ni. Tapi xsalahkan kalau kita sentiasa ingat mati. kan kan?

Akhir kata dari tuan punye blog,



 Ni lah destinasi akhir kita. Sentiasa ingat. Nurul setiap lalu tepi kubur, takut sgt. n automatik terlintas di hati. Nilah destinasi last nurul.*the last destinantion Cantik ke x destinasi tu, berdasarkan amalan kita sekarang. Bak kata pepatah

di dunia kite yg menjaga amalan.. 
di akhirat amalan yg menjaga kita..
InsyaAllah.. Marilah sama2 doakan semoga kita semua mendapat keredhaan dari Nya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SukargambarkanperhimpunandipadangMahsyarpatutinsaf/Article

boleh lah baca link di atas atas untuk tmbahan. Penulis adalah naib juara Imam Muda.. =)

p.s: tb2 emosional pagi ni. tunggang terbalik je entry kali ni. sebab ni semua ikhlas dari pandangan hati.. =)

Photobucket

Saturday, November 19, 2011

deep inside*

Semalam tak boleh tidur. terpikir ape yg Kak Da tu kata selepa 'aura' nurul diuji. First, nurul kena 'benarkan' dia 'ambik alih' badan nurul n ikut jelah semua arahannya.


awak ni seorang yg kuat fizikal. Bukan nk kata awk ni kuat angkat berat ke ape. Cuma awk kalau nk wat sesuatu tu, awk wat jugak walaupun awk letih sgt2. Tapi dalaman awk mmg ada konflik. Xkuat mcm fizikal awk. Bnda yang baik awk teruskan, benda yg buruk awk perbaikikan.
Mmg mengalir air mata sebab tibe2 ingat yang pasai Fairlady and restaurant tu. mmg automatik sgt. sebab bnda tu dah lama n nurul xpun terpikir balik. Ingat ape nurul lalui dan rasa aritu. Wat nurul terpikir smpai xboleh tidur. Kadang- kadang manusia ni, dia lupa berpijak di tanah. Lupa kawan2 dan org2 yg ada disisi dia time dia susah dan perlu bantuan. Kawan2 time senang, time karaoke, mkn luar semua lain. dah time susah, nk pndai2 tunding jari kat org lain atas sebab kesilapan sendiri. Bila dah tersungkur dan tak boleh bangun dah. Kt yang bodoh ni la tolong dia.


Satu hari nanti, bila awk rasa nk patah balik, it'll be too late sebab kepercayaan semua dah hilang. Jangan tnya hormat. Lagi la lama dah 'blah'.Hargailah yang tersayang. sebab tnp dwang, kita akan hidup menyendiri. Mcm sekarang. 


p.s: Nauzubillah min zalik. Ya Allah, jauhilah selepas  keturunan aku dari sifat mcm ni.  


btw: sape2 yang nk cuba mcm ape nurul wat, boleh lah emel nurul kat husnazulkifli@yahoo.com. Tapi kumpullah dalam 10 org ke dlm satu bilik tu, mmg cantiklah. haha. Nurul boleh je calling2 mak cik suruh datang UUM. bukan tilik nasib just kadang2 ada certain things yang boleh buang negative thoughts. it works for me. tu yang excited lebih. hehhehehe
Photobucket