Sejak oktober lepas saya dah mula mengamalkan mandi air limau nipis.
cara2nya:
Perah 3 biji air limau nipis kedalam sebaldi atau segayung air,
kemudian bacakan al fatihah sebanyak 7 kali dan hembuskan pada air,
mandi dan ratakan seluruh badan.
Petua ni saya dapat dari ustaz kazim dalam ceramahnya yang bertajuk "digigit jin". Kalaupun bukan sebab digigit jin apa salahnya mencuba kan. Mandi air limau nipis atau limau purut di galakkan mak untuk kesihatan cuma tak pernah dibacakan apa2.
Alhamdulillah berikut adalah tanda2 perubahan yang mula saya nampak secara agak obvious
1. Sejak dari kecil selalu terdapat kesan2 lebam sebesar duit syiling di paha yang tidak dikatahui sebabnya dan tidak menyakitkan setiap kali bangun tidur. Ianya berterusan sampai saya besar. Kalau 1 lebam dah baik, besoknya muncul lagi yang lain. Selepas saya mula amalkan, even sejak mula kali pertama mandi, lebam2 sudah tidak kelihatan
2. Baran dan rasa cepat nak naik darah juga mula dapat dikawal. Kalau dahulu saya cepat geram dalam situasi2 kecil. Nak marah aja rasanya
3. Period cycle mula teratur sedikir demi sedikit. jika dulu, saya mengalami bleeding in between period cycle. Around ovulation date.sehingga saya musykil ia adalah menstruation atau tidak, ragu2 kena solat atau tidak. Suka2 hati timing dia nak mai
4. Selepas beberapa ketika saya juga dapati amat susah untuk beri tumpuan semasa solat dan rasa sangat2 berat untuk mengerjakannya.Begitu juga semasa belajar, nak cari courage untuk bukak buku tu rasa macam nak kena daki gunung everest, malas yang amat. dan saya cepat lupa apa yang saya baca. Sekarang alhamdulillah. lebih tumpuan.
5. Rimas dikelilingi orang. Rasa nak cepat2 peruk diri dalam bilik sorang2.
6. Rasa terlalu cepat letih dan lenguh satu badan walaupun tak buat apa2 pun berkurangan. Saya rasa lebih segar.
7. Setiap tidur saya pasti akan diselitkan dengan mimpi. Otak banyak berfikir lah kan. Tapi selalunya selepas 3 ciri di atas appear, pattern mimpi saya akan menjadi pelik. Lebih kepada menakutkan. Dan saya akan terjaga dari tidur akibat sakit kepala yang amat sangat secara tiba2. Pernah juga mimpi berborak dengan arwah moyang khemah yang menanyakan sama ada saya mahu terima belaan saka harimaunya atau tidak.sekarang tiada mimpi pelik lagi.
8. Kemuncak pada semua simptom di atas, saya akan sakit dada tanpa diketahui sebabnya. Sakit sentiasa masa menarik dan menghembus nafas. Sakit amat sampai rasa macam ada paru2 berair ke apa. berterusan upto 1-2 weeks. nak buat apa pun xjadi kerja.
biasanya saya amalkan sebulan 1-2 kali. kalau nampak simptom2 mula appear, saya mandi.
~limau nipis biasa digunakan oleh pengamal perubatan, dipercayai boleh meneutralkan bisa2 ilmu sihir dll. Saya bukanlah seorang yang percaya sangat pada benda2 mistik ni. Perihal ghaib kita wajib percaya. cuma saya xda nak percaya sangat ia sedang lekat. Amalan mandi air limau ni lebih kepada kesihatan pada saya. Dan sejujurnya inilah effect yang saya alami sendiri. Kita hanya mampu berusaha, dan yang memberi kesembuhan itu adalah dari ALLAH S.W.T jua.
wassalam
copy n paste dari sini
p.s: xsalahkan kalau kita cuba something yg membawa kebaikan kepada kita.. =)

No comments:
Post a Comment