Blog's Birthday

Lilypie Angel and Memorial tickers
I am looking for friends who are willing to wait for a bus queue and huddle in the commuter at a time when others were busy looking for friends with cars. =)

Tuesday, December 6, 2011

‎::..PUASA SUNAT HARI ASYURA DAN TASU’A MUHARRAM..::

"Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: “Seafdal-afdal puasa selepas PUASA Ramadhan ialah PUASA dalam bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat 1/3 malam.”
(Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
Rasulullah SAW menggalakkan umatnya berpuasa pada hari Asyura. Sewaktu Nabi SAW berhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.

Rasulullah SAW bertanya:

“Berpuasa apakah kamu ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.” Sabda Nabi SAW: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.”
(Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
.
Nabi SAW bersabda:
“Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu.”
(Musnad Baqi ibn Makhlad)
.
BerPUASA seBAIKnya didahului dengan berPUASA pada Hari Tasu’a (9 hb. Muharam) agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja...

Wallahua'lam..-)



p.s: selamat berpuasa kepada semua.. =)
Photobucket

No comments:

Post a Comment