Blog's Birthday

Lilypie Angel and Memorial tickers
I am looking for friends who are willing to wait for a bus queue and huddle in the commuter at a time when others were busy looking for friends with cars. =)
Showing posts with label experience. Show all posts
Showing posts with label experience. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

tomok minat i ;)


Knal tak artis di atas ni?terang n jelas, dah tertulis, dia lebih dikenali sebagai tomok. hehehe

Terbaca berita yang Tomok sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata. so, nurul tiba2 boleh teringat kisah ni. Tomok pernah dtg UUM masa pesta konvo tahun lepas. Masa tu, Khalid ada lagi. student UUM katakan kami berdua ni. Nurul mg xde excited mana pun walaupun tahu mlm tu Tomok akan buat performance. Kebetulan, abah n kawan2 dia pun g jugak pesta konvo tu. Kat sanalah kami berjumpa. Nak dijadikan cerita, Tomok duk tawaf la stadium*stadium kan?*  UUM atas mesin ape ntah. Dia boleh toleh kat nurul n lambai. Wah. Masa tu, terus rasa excited je. N puji2. n biasalh, en yang duks ebelah kita pun mcm masam je muka. Tidak lama selepas tu, dgr cerita dai dah nk kahwin. Frust sgtkah kamu Tomok terhadap saya?? *mula dah

So, bila kata tomok je, mesti ingat kisah ni. hahaha. mmg rasanya ada aura la nurul ni. smpai artis pun boleh frust smpai kahwin terus beberapa bulan lepas tu. *statement muntah

Sekarang dia dah nk jadi bapak dah. wah, cepat benor masa terbang kan? hehehe

p.s: baru renew lesen tadi. berterbangan RM32 mama nurul. 

Photobucket

Wednesday, November 2, 2011

saya dah gemuk! :P

Asalamualaikum =)

Rasa lamaa giler xupdate sebenarnya. superbz tapi alhamdulillah nurul siapkan issue untuk etika. bwek~ :P sekerang tgah tggu unutk semua combine baru boleh gerak wat conclusion.

Nurul balik cuti kali ni mg xde masa nk buang masa (ayat xboleh blah). Cuti sehari n then trus keje kat pizza hut. nk cover agk ramai yg xde. tapi bila nurul cuti, ramai akan cover balik. even adik nurul pun nurul minta diserapkan masuk pizza hut sebab senang sikit. dah knal manager semua kan. hurm.

kerja kat pizza hut tu best sebab setiap hari kita jumpa org baru. n seyes mcm2 jenis manusia kat dunia ni sbnarnya. nurul agk terkejut la jugak. pelik2 je semuanya. kecuali saya. yang pasti, pengalaman itu semua tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Ramai jugak yg memperlekeh keje nurul sebagai service, pdhal, kat cc2 la nk kaya cepat. dengan dpt tips kadang2. hohoho

itu saja untuk harini. nite2. 

p.s: gemuk mkn pasta setiap hari. hurm.

Sunday, October 23, 2011

kita bagai langit n bumi

Ntah nape.. nurul sgt tergerak hati nk tulis entry kali ni tentang perbezaan..

Korang pernah terpikir sesuatu yg bebeza yg kt ingat xkan ngam tb2 ngam..

Contoh biru dengan kuning.. Ngam kot pada pdangan mata nurul... ada bukti tapi sebab dslr rosak punye pasai, xley nk upload.. hahahaha

so, jgn anggap kalau xngam, clash. (tapi kalau dah bertahun2 tu, xpyhla dah nk usha2) Cari jalan lain supaya dapat ngam. Ingat, kelemahan kita menjadi kelebihan dia. N kelebihan kt menjadi kelemahan dia. tu baru saling melengkapii..

p.s: ni angkara nk try matching selendang kuning ngan inner biru. haha.. tgok gmbar bawah tu, mcm ok jekan.. hehehe..

googleee

Monday, September 19, 2011

dah start kuliah. gosh~

Assalamualaikummm =P

Nurul just nk cerita, nurul dah start nurul punye 'university life' seminggu lebih dah.. Sem ni yg plg sempoi la.. Buka2 sem, ari ketiga ngn kelima dah start ponteng.. (letoh mengemas brg n nk pergi langkawi bercuti)

Sem ni lain sikit sebab ramai dah xde.. Pina kena tendang.. xde dah la ek ketuk2 yg menyebabkan nurul saspe ntu.. dia dipindahkan ke SME nape xjauh lagi?  last2 sem jadi mcm ni plak. sem ni mmg rasa duk dlm dunia sendiri.. lecturer mengajar kat depan, nurul duk belakang berangan. Maybe sebab kelas setiap ari start pukul 8am.. bayangkan.. nk menangis je rasa.. jumaat n sabtu je xpyh bangun awai2.. hehehe

first day tu, kitaorg g melawat bilik cik pina kat Kachi. ni ha gmbar nyaa



pejabat n bilik boleh tahan besarnya.. hehe. sebab bilik nurul yg sekarang ni kan sempit, so rasa mcm luas kot. nk usha roomate tido mlm2 pun, rasanya pina xboleh.. hehehe

ari khamis tu narissa g jemput nurul, masa nurul tgah drive otw pulang tu, ada keret harrier lggar kitaprg dari belakang. kepala nurul rasanya terhentak kat stereng n ke belakang. sebab selepas kena tu, trus vision jadi blur2. haha. mcm dlm drama tu. lepas tu, larat plak g mkn kat KFC lepas tu, konon nk ambik tenaga balik. Narissa lebam kak n sakit belakang. Thanks kepada prihatin. ada jugak yg bertanya nuruls ebab hal itu lepas aksiden tu. sakitnya smpai sekarang kot terasa. nk tulis mesti skit bahu. tarikh kena tu 15/9/2011. tarikh kami kena saman jpa, 15/4/2011. lawakkan? mmg dah fobia kot nk keluar 15hb.. hehehe


petang tu jugak, kitaorg bertolak ke langkawi. pergi berlima konon nk menolong2 mak cik sikit2. as always. bila org angau ni, dia pelik sikit. malas dah nk ingat wat sakit hati je. there are few pictures la yg nurul sempat snap before nurul busy giler top up mknan.. smpai kueyteow tu nurul xsempat mkn. mana la nk lau mkn kalau keje pun xsiap lagiii.. at the end, mkn mee kari jela.. hehe. seronok tu seronok bla people just show their appreciation. bukan mengata belakang

rasa nk balik kali ni, sedih pun sedih la jugak. nk pisah ngn family semua. dwang tu ala2 my family bila away from family la. hehe. rasa best jugak. nk sembang semua.

tu jela nk cerita rini.. hehehe.. peace ^^V

Saturday, August 20, 2011

Qaireen Batrisyia

Assalamualaikum pembaca semua.. hehe. Nurul rasa nurul x pernah mention kat uolz yg Mr. K ada ank saudara baru.. hehe. bukan sorang tau. tp dua org..!! hehe

Yang ni nurul excited sebab baby girl. Lau yg baby boy xtgok2 lagi.. 
Sebab pak cik dia pun xtertengok lagi. 
Apatah lagi nurul.. hehe

 So, proses merajuk sepanjang ari success. hahahahaha

Gmbar kat bawah ni masa baru beberapa ari.. Mr. K emel gmbar2 ni.. hehhe

Nama di Qaireen Batrisyia

jeling2. ayah khalid suka adik pose.. muahhaha

ni wat mata sepet :P

Beberapa mggu kemudia (iaitu ari ni).. Baby tu dah bangun tp tibe2 buka2 je skype trus tido. Ntah nape. huhuhuhuhu. Ingat nk tgok baby tu celik tu x tercapai hasrat. ni nk bekeng ni. Tapi hati tetap berbunga2 sebab Mr. K buat apa yg nurul suruh dia buat.. hahahahah(evil laugh)

bangun qaireen,. kak nurul nk tgok.. hehehe

bangunlah qaireen...

ngn ayah khalid boleh plak men mata ek.. :P

ayah khalid bisik ape tu?

lenguh dah leher ni. hehehe

ayah khalid goncang qaireen pun xbangun2 :P

kiss baby qaireen untuk cik nurul ek

ayah khalid putus asa. qaireen tido mampus

bangun lahhh

ada sifat kebapaan x dia ni ek? hahaha

kucikucikuuuu

ayah khali dduk tgok cik nurul smpai xsedar jari duk jolok masuk mulut qaireen :P

dah la awk. dia mmg tido mampus ni. hahahaha


Nurul terlebih excited giler. haha. sebab tu nk sgt publish mlm ni gak. Comey x baby?? Muka sebijik mcm abgnya,,,


sebijik kan??

Excited sebab rasa lama dah tgok baby2 ni. Rasa nk harap mak cik atau mak teh, nmpak gayanya mcm dah xde je... My mom? no no no. 

hahahaha

p.s: arini rasa hati bunga2 sebab dah dpt ape yg nak ;) lepas ni nk cerita pasai baby dlm family kitaorg plak.. hehehe

Sunday, July 24, 2011

Andai itu takdirnya

Ni novel kegilaan sekarang kot. Andai itu TakdirNya karyaan Siti Rosmizah..
Nurul ni sebenarnya bukan suka sgt baca novel ni. Tapi masa duk saje2 kemas bwh meja, terjumpa novel ni dlm kotak kasut. Baca yg belakangnya, mcm pelik je. Kali ni nekad xmaw skip langsung. Best jugaklah. Bengkak mata tido kul 4am.. Kena berleter kejap ngn Mr K sebab dia kata confirm terkandas subuh. tp x pun. so, bak hadiah. hahah

Nurul start baca petang. non stop ok. dia ada 588 muka surat. banyak tau. sekali sekala tgok jauh, rabun mata jadinya. Mengalir gak  air mata bila imagine kalaulah di tempat Aleya. Duk imagine Syed Aizril tu mesti handsome gile. Lau x, xdelah setiap girl suka kat dia. Even awek bestfriend dia sendiri pun jatuh cinta kat dia. Maybe ala2 Aaron Aziz. *blushed*  ataupun tetttt... haih... lau handsome hati xbek xbest gak kan. hehehe. lau bek hati. ada gak babak yg romantis yg xmelampau sgt (mcm sesetenah novel).



Ni hah sinopsis dia


Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.
Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.
Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

Dalam masa dua hari dah khatamm 3 kali. amazing giler. lau buku akaun ke ape, mesti susah nk khatam.

ape menarik perhatian nurul untuk baca novel ni ialah ayat ni
Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak2 saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami disisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling

Masa tu macam pelik, pehal dia jadi balu sebelum masa ni. balu ni laki mati. ape jadi kat laki dia? Mcm org muda je. Lepas tu start baca n jadi ketagihan tahap kritikal. Mcm nk habis jugak. Dia byk gak plot 'tipu'. hehehe. Bahasa dia ok je. Mudah faham n imagine. Spae2 yg belum baca tu, boleh la baca.hehehe

p.s: dah tercapai hasrat nk domno's pizza.. yezzaaaaa~

Saturday, June 11, 2011

Assalammualaikum kawan2 :p

balik rumah, hati tenang xde assignment.. heheh. keje xde. mg keje goyang kaki n mkn jelah. hahaha

Ok. Nurul sebenarnya baru balik dr langkawi. Mmg byk aktiviti gak la g langkawi kali ni.

First sekali ktorg g man bowling lepas tu melalak kat tempat karaoke. Angkut habis segala manusia dlm rumah tu. hahaha

Second, kitaorg g mendaki telaga tujuh samapi tingkat atas sekali. Smepat usha2 manusia yg ptut. :p

G berendam kaki kat Ayer Hangat Village. G jalan2 kat Orietal Village n Tanjung Rhu.

Pisang gorerng kat Tanjung Rhu mmg sedap giler kot.

Akibat kegilaan kat lngkaw, ni telah mengakibatkan nurul punye kegilaan terhadap Nora Elena dah merudum. Tmbah nmpak perangai Seth Tan yg x romantis seperti dulu wat nurul mood down n sekarang asyik miss n tgok kat Youtube je.

Gmbar2? adey.. jap2 g nurul upload ek. semua ada kats epupu2 nurul. Handphone nurul dah xboleh guna. hampeh btul. heheheh

Tuesday, May 10, 2011

kau muzik di hatikt ;)

tetiba je boleh teringat lagu ni.. hehehe. masa duk tension2 pham bab 2: consolidation subsequent to the date of acquisition

Starting gambar zaman tok kaduk dulu. hehehe.. My first munawarrah kot. selama ni duk kebas yg mama je.. hehehe

Suka tudung ni sebab dia flexible ke mana2 saja. xperlu iron2. Xperlu nk lipat agak2.. hehehe.. promote kejap tudung 1 minute ni. Lepas tu, tudung ni, than lama gak la. Pernah termasuk dlm mesin n still pakai sampai sekarang. like very2 much. Beli bpe ntah. Satu lagi kaler pink! hehehe


Lirik Lagu Kau Muzik Di Hatiku - Jaclyn Victor Featuring Vincent Chong

Song / Lagu : Kau Muzik Di Hatiku by Jaclyn Victor and Vince

Lyrics / Lirik Kau Muzik Di Hatiku :

Nananananananananana yeah
Kau muzik di hatiku
Kan nanti suatu hari
Kau kan tahu rahsianya
Dalam mimpi kau temui
Senyum tawa bahagia selamanya

Kaulah harmoni teman melodi
Yang bergema dalam diri
Ikhlas suara yang terindah
Mencipta pusaran

Oh yang menarik ku

Kapanku dengar laguku
Pasti kau kasihku
Kau muzik di hatiku
Semadi dalam kita
Lamar kita seni
Kau muzik di hatiku

Nananananananananana
Kau muzik di hatiku

Seperti kau sudah ku kenal
Tak perkasa
Tak mungkin terungkap
Nyanyikan bisikan sukma
Tersangat mudah
Kerana yang terlihat

Diriku yang hakikat
Yang tak siapa selami
Suaramu yang terindah
Terbukti setia

Kau nyanyi untuk ku

Kapanku dengar laguku
Pasti kau kasihku
Kau muzik di hatiku
Semadi dalam kita
Lamar kita seni
Kau muzik di hatiku

Bersama kita laung
Apa yang kita rasa
Dan percaya
Di jalan benar
Cinta yang terpancar

Nananananananananana
Kau muzik di hatiku

Nananananananananana
Kau muzik di hatiku

Kapanku dengar laguku
Pasti kau kasihku
Kau muzik di hatiku
Semadi dalam kita
Lamar kita seni
Kau muzik di hatiku

Kau lah, kau lah, kau lah, kau lah
Muzik di hatiku
Kau muzik di hatiku


p.s: satu hari nanti kan kau tahu rahsia di hati ini ;)


Tuesday, May 3, 2011

saya kepunan big apple mama!

Kisah lawak la jugak sebenarnya. ari selasa aritu 26/4/11, Nurul ngan Ekin bergerak ke bilik En. Zainuddin seawal 9am semata2 nk interview job. Nurul pun mekap2 comey2 siap tgok youtube lagi. heheh.. konon nk markah lebey la sebab make-up2. Datang bukan men awl, kitaorg kena tggu group sebelum kitaorg wat meeting executive. Meeting dwang kena reject, Nurul pun, saje je bertengkar nagn en. khalid masa tu pasai ape ntah. xde pak we, xtaw nk bertengkar ngan sapa. hahaha.Rasa boring sgt duk dlm bilik tu. Bilik tu ada wani, ekin ngan tiqa. mmg terasa tensionnya sebab semua org tension. First time seumur hdup interview siap kena pakai blazer n selendang. hahaha. Dengan penuh semangat, nrul tggu luar kelas. Luar kelas tu, ad group sorang lagi yang kena wat meeting executive gak tp dgn lecturer lain. Nurul tggu kat luar konon nk tahu bila la lecturer tu nak siap evaluate group executive meeting tu. tapi yg griup satu lagi ni plak duk cerita la plak gimik2 executive meeting dwang. Agak lawak la disitu sebenarnya. Mata nurul macam duk tgok lecturer, telinga plak try nk dengar ape yg budak lelaki tu cakap. hehehe. Nurul masa tu sgt2 pelik sebab budak tu dah la kelas ngan nurul pun xpnah ckp ngan nurul. Tb2 time tu boleh plak bertanya. Nurul layan je lah. bukan senang nak ada kawan baru. Ntah len kali jumpe tegur ke x, xtaw la.. :P

Tb2 lecturer tu pun cakap la, dah siap n kitaorg boleh masuk bilik dia. Sudah masuk. Ekin nmpak sgt nervous. Nurul plak duk teringat kat Big Apple je mggu tu. kepunan sgt2. Soalan dia simple2 je. tak de yg kena perah otak sgt. Sedih gak la masa ambik gambar tu sebab kitaorg adalah group last ngan lecturer tu. Dia dah bersara sekarang ni.




lecturer en zainuddin... why so bulat? hehehe


Keluar2, nampak wani ngan tiqa tgah tggu turn dwang plak. mesti dwang pun tgah kecut perut. Nurul n ekin dah lepas dah. Kitaorg pun bergegas la kat tempat kat konon ada Big Apple. pergi2, xbuka lagi boothnya. TGok2 masa nk dekat kul 11. Rupenya, Booth tu bukak kul 2pm, ktorg pun redha n decide nak pergi kelas FAR 4 dulu. Pergilh lepak kat surau sementara tggu kul 2pm. Ada makcik2 cleaner wat skin care. Siap sempat lagi minta card mak cik tu. Konon nk wat facial la ngan dia nnt. Agak murahla. RM 10 untuk basic.Lepas solat Zohor, terus bergerak ke kelas FAR 4 yang diajar oleh Mr. Tan. lecturer nurul la gak. Dalam fikiran ni dah terbayang2 Big Apple ni. hahaha.. xkhusyuk kot. Lepas tu, habis kelas terus bergegas ke foyer FPK. Ada boothnya. Excited giler la. Tgok dah habis. Mmg nk mengamuk la sekejap. tapi, xpe. Nurul pun terpaksa g heret kaki g kelas MALAN plak. Boleh dilemma nk g ke x kelas tu. konon  sebab letih n bad mood big apple xde. aci x? :P tapi nurul g gak ok. sebab tb2 hujan lebat. Nurul pun xtahu sebab ape.
saya mmg fotogedik!
ngan segeng mencari big apple aritu..

Selepas habis MALAN tu, nurul pun g jejak kaki ke bilik Pina ngan Yana. Lupa la sebab ape. Nurul dah nmpak dah, kotak big apple ngan kek. Masa tu xde la suspek yg ada big apple. maybe sebab dah kecewa thap kritikal kot. :P

Tgok 2, yana ngan pina semawa big apple. mmg ada big apple dlm tu. suka suka suka sgt2! thanks a lot pina ngan Yana. Hilang kepunan I.



Tapi xhabis disitu je, nurul balik rumah hujung mggu tu, n beli 12 bijik big apple. konn nk bawa balik uum la 6 bijik. hampeh. mmg xsempat sampai. habis kat nurul nagn adik nurul. hehe.. suka suka suka sgt. n la kisah sy yg kepunan big apple ritu. mmg begong sekejap sebab xwat tempahan awl untuk big apple. hehehe...

p.s: byk sungguh tgok2.. hehehe
I wish i could myself 4 years ago what i know now.. :) at least it won't hurt that much.. Jom2 study! Susah nk mampus bnda alah ni ni. Tak ambik TAP lagi.. Ni iklan tak berbayar. Sape2 yg sggup mengajar nurul FAR 4 personally, sila roger2 ek. Syarat: Bukan lelaki/suami/boyfriend org. heheheh

Monday, May 2, 2011

Cara mengubat hati yg luka

Kunkun!!


Aku tak tahu nak letak tajuk apa. Sebab tu tajuk macam hampeh je tu.


Aku ingat lagi masa aku putus cinta dulu, kawan aku suruh aku jatuh cinta lagi sebab dia cakap itu ubat kalau patah hati. Tapi betul ke hati akan sembuh kalau bercinta lagi?


Sebenarnya aku tak setuju sangat. Kalau anda nak setuju tu terpulanglah. Sebab bagi aku, ubat yang paling mujarab kalau patah hati ialah masa. Mungkin jatuh cinta lagi dapat meredakan sakit di hati. Tapi masa, bukan setakat meredakan sakit tapi mampu menyembuhkannya juga.

No Matter What | Take the time to love


Bayangkan kisah cinta anda diputuskan oleh si dia secara tiba-tiba dalam keadaan anda tidak bersedia. Perasaan berkecamuk, hati mulai berdarah, marah, tidak rela, sedih dan ada yang dicampak selepas harga dirinya diragut. Dan timbullah perasaan ingin balas dendam, bermati-matian berusaha merebut kembali cinta yang hilang dan ada yang tak henti-henti meratapi diri sendiri.


Sekarang tanya diri anda, apa perlu anda lakukan? Terima cinta baru? Atau memberi kesempatan kepada diri anda untuk mengasihani diri sendiri.

Love Yourself First | Love anybody else later


Bagi aku, ada 4 peringkat untuk mengubati hati yang terluka. Peringkat pertama ialah masa berduka. Anda boleh menangis sepuas-puasnya atau menikmati sebaiknya kesedihan anda. Memang nampak macam lemah tapi tak salah menangis atau berasa kesal sebab itu mungkin kesalahan anda. Kadang-kadang menangis juga dapat membuat anda lega.


Peringkat kedua ialah luangkan masa untuk meluahkan perasaan. Ketika ini, kawan baik anda sangat diperlukan. Luahkan semua yang anda rasa tentang bekas kekasih anda itu. Ceritakan sampai anda puas hati. Anda juga tidak akan merasa keseorangan sebab anda masih ada kawan-kawan.


Peringkat ketiga, luangkan masa dengan kawan-kawan untuk bersosial. Mungkin anda boleh pergi becuti, menonton wayang atau bermain futsal. Alihkan kesedihan anda kepada kegembiraan. Dengan cara ini, anda akan belajar menikmati kebahagiaan dengan kawan-kawan, bukan pasangan. Itulah gunanya kawan-kawan.

Lovers Come And Go | Friends will stay there


Selepas 3 peringkat berjaya anda lalui, anda sudah 75% sembuh. Peringkat terakhir ialah masa untuk menilai seseorang. Elakkan diri anda dari terlalu mudah jatuh cinta.


Tapi anda harus ingat, setiap peringkat itu boleh anda lalui dengan cepat atau lambat. Jika dalam masa itu ada yang menghulurkan cinta baru, jangan terima sebab hati anda masih berdarah. Kalau masih tak dapat lupakan seseorang, jangan terima cinta yang lain. Jangan jadikan seseorang sebagai batu loncatan untuk melupakan seorang yang lain. Menerima cinta dalam keterpaksaan adalah cinta palsu. Dan jika dia benar-benar mencintai anda, dia akan sanggup menunggu.

Waiting For You | Love makes me strong to wait


Bagi aku, orang yang cepat dapat pengganti ni seolah-olah dia tak sayang diri sendiri. Remember, history has a habit to repeat itself. Sebelum nak sayang seseorang, sayang diri kita dulu.


Bila putus cinta, gunakan perpisahan sebagai cabaran, bukan halangan. Jadikan kegagalan itu batu loncatan untuk kita lebih matang dalam hidup dan percintaan. Teruskan hidup dengan semangat baru. Tunjukkan pada bekas kekasih kita yang kita kuat dan boleh hidup tanpa dia.


I am not the type to be able to fall in love easily.
My heart is incredibly wary of love.


from: sini


p.s: sanggupkah awk tggu saya? saya tak mau lagi hati saya dilukai mcm ni.

Wednesday, April 27, 2011

SBLE 2093 the meeting

Sudah habis meeting and job interview untuk sesi sem ni.. hehehehe.. Suka suka sgt2! Best la sgt2.. Paling byk berbakti blazer yang guna masa pengawas.. Siap ada bekas lencana tu lagi.. hehhe.. korang tgok gambar sudah ek.. Ni tgkap feel jd pengarah jap ek.. hehehe...

presenting the executive members!

waiting for my teh tarik :P

the chairman and the secretary


menghafal script

tangkap feel

itik terbang! hehehe

peace no war

mood: corporate

   
mood: gedik


Overall, one of the group yang mmg xde masalah sgt. Everyone ada komitmen. Xde yang tak wat keje. Overall, mmg best sgt2 sebab boleh tgkap feel sikit kan/ Masalah yang dibincang pasai supplier yang silap print tarikh kat tin susu. Kitaorg kan semua bakal2 mak. Mestilah nk bukak butik baby-m bay. hehehe. :P

Sunday, April 24, 2011

cinta

Pada 21/4/11, Nurul, Shikin, Yana, Pina, Dilla, Heed, Yus dan ramai lagi pergi program anjuran DPP TM bertajuk 'solat hajat & ceramah bersama Imam Muda Asyraf'. Sebelum nurul start, nurul nak start ngan describe sikit pasai imam muda yang dtg ke hutan sintok ni... hehehe


ASYRAF, nama penuh Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, berasal dari Pulau Pinang, dilahirkan pada 12 Februari, 1984, dan berusia 26 tahun dan sudah berumahtangga. Asyraf, bertugas sebagai seorang Imam berpendidikan Ijazah Sarjanah Muda dalam jurusan Usuluddin dan Fikah, dari Univeristi Malaya, Kuala Lumpur. Asyraf ingin memecahkan tradisi namun mahu ia dilakukan berlandaskan prinsip Islam.


Sila baca lagi di http://realitimelayu.co.cc


Ape yang menarik perhatian nurul bila dia start pasai cinta yang diberi dan cinta yang dicari.

ok, let me start berdasarkan ape yg nurul ingat..

Cinta ni ada dua jenis, cinta yang dicari dan cnta yang diberi. Nurul explain satu2.


Cinta yang dicari
Maksud cinta dcari ni, Imam Muda Asyraf terangkan dalam bentuk situasi. Contoh, Ali dan Siti. Ali dan Siti class mate dari sekolah dulu. Setiap hari, Ali dan Siti akan berselisih masa nak g kantin masa waktu rehat. Ali tengok Siti n Siti pun tengok Ali. Setiap hari. Bila tak berselisih, mula la mencari2. hehehe. Ali pun balik, download cerita Hindustan. Masa duk tgok Kuch2 Hota Hey, teringat la kat Siti. Siti plak kat rumah duk melayan pulak cerita Korea. Duk melayan My Girl tu sambil duk feeling2 kat Ali. Selepas tgok cerita plak, g plak melayan lagu jiwang2. Mcm mn la perasaan dan mood tu mcm ntah pape. Pergi sekolah pun, dua2 mencari keberaniaan untuk meluahkan perasaan masing2. Cinta tu dtg dr mana? Cinta tu datang dari lagu2 jiwang, cerita Korea dan cerita Hindustan yang dwang download kat rumah. hehehehe. Itulah yang dimaksudkan cinta yang dicari. Kt cari sumber cinta tu dr sumber2 yang mungkin tidak boleh dipercayai(i think-lah)

Lelaki ni dia ada graf dia tersendiri. Bila cinta diberi sebelum kahwin, cinta itu akan membina2. dan tidak berkekalan sebab klimaksnya mungkin bukan selepas kahwin. Kalau selepas kahwin pun, maybe perkahwinan tu akan kekal setakat umur 40-50. Ini ikut trend kat Wilayah Persekutuan la. Tak semestinya semua yang love- love sebelum kahwin, xkekal.

Nafsu lelaki ni ada satu je. Paham kat kat ape? ehem- ehem. kalau sekali lelaki tu minta untuk 'ringan- ringan', tggallah dia sebab dia akan  minta lagi. Kalau sekali kita benarkan, parah ooo... Girl tu sm gk.

Cinta yang diberi
Maksud cinta yang diberi, Imam Muda cerita.. Contoh Usop dan Limah. Usop dah tgok Kak Limah. Tapi Kak Limah buat derk je. Maknanya, xde la g melayan lagu hindustan ke ape. Selepas beberapa tahun berlalu, Usop pun dtglah rumah kak Limah, hantar rombongan. Kt selaku perempuan, yelah. Akan terima je. Saat Usop akad nikah tu, masa tu, kak Limah pun kata. "dialah suami aku, dia lah yang akan sayang aku selama2nya, dialah akan menjadi imam aku, dia akan memberi segala2nya untuk aku. Dia akan melepaskan segala nafsu yang dia ada kepadaku, dia akan membimbingkan aku ke jalan Allah'. Masa tu lah, kak Limah mula jatuh cinta ngan Usop. Usop sememangnya dah lama kot sayang kat Kak Limah tp ape dia wat. Dia hantar rombongan bertunang/merisik untuk buktikan dia betul2 sayang kat kak Limah. Sape yang bg perasaan cinta Kak Limah kat usop? Allah yang berikan. Allah yang timbulkan perasaan tu kat Kak Limah. Sebab xkan dia nk datang secara tb2 kan. Betapa indahnya cinta selepas kahwin. By the time umur 70-80, cinta tu akan sampai tahap klimaks. Perkahwinan tu akan kekal sampai bila2.. InsyaAllah.. =)

Indahkan? Tp tanpa usaha xmenjadi gak kan. Bukan nk suruh mengorat bg ge-gurl. Imam Muda Asyraf ada kata, jgn plak demanding. Jgn kata, nk mcm ni, nk mcm tu. Smpai ke tua xkahwin kot. hehehe

Bagi yang xde lagi, jgn susah lagi. Ada la tu nt2. Allah hanya akan beri yang terbaik kepada hambaNYA. InsyaAllah... 

Lepas tu, ad plak yang bertanya, kalau dah suka tu. Kena bertunang. Mcm mn kalau xnk bertunang. Nanti bertunang takut putus. trend sekarang ni, org lebih malu untuk putus tunang dari bercerai. Pelikkan. Pdhal, putus tunang tu xde pape. Bercerai tu kt runtuhkan masjid. So,kena pikir secara logik la. Bertunanglah. kalau xserasi putus tunang. Fikiran zaman sekarang ni makin pelik2. 


p.s: nurul sekarang tgok trend, org yang mkin gatal, org tula yang kahwin dulu. nape ek?ge-girl yg baik2 plak yang belum berkahwin lagi... dan lagi satu nurul suka ape Imam Muda Asyraf kata.. Lau kt nmpak boy ngan girl duk berpelukan atau berpegang tgan. Kt anggapo tu biasa. Maknanya, kt anggap azab neraka tu biasa. Alhamdulillah. Nurul dah clear pasai sesuatu. Nurul dah pham. Nurul ni normallah jugaklah kan. Sekarang lau nmpak je pelik2, malas nk cerita kat org. Sebab nt ada yang kritik. Nurul pun sekarang, makin lama mkin rasa tawar hati ngn keadaan sekeliling.Sekarang nk diam je. Mlas nk cakap2. Sebab endingnya, nruul yang akna sakit hati sebab ape? Sebab tetttttttttttttttttttttttttttttt.. hehehe.. disensorkan. Last2, balik2. Nurul cari org yang tersayang jugak untuk meluahkan perasaan.

Friday, April 8, 2011

Baksis first and last

Gambar masa g kubang lintah aritu.. haha. malas nk cakap  byk2..layan jela ek.. hehehe

posing yg nurul+pina+yana wat

bersama banner 

dalam perjalaanan ke kampung kubang lintah

penduduk kampung kubang lintah sgt2 mesra

posing depan sawah 

culik ank org sebentar

ngan adik2 junior. yang tengah tu suka centrekan dagu dia dulu sebelum ambik gmbar

dipaksa rela wat peace

L.O.V.E? mcm xkena je.. hehe

selepas redah kubang tu. omaigod.. lekit2 huhu.. mmg spa kaki la.
rumah mak angkat saya. ada yg kata dapat teruk2. 

dengan kakak angkt saya. pelajar UUM jugak

sesi berfaci

ni berlakon semata2 ni.. :P

alahai. sindrom gedik dah dtg

copy posing salam

menangkapp belon dari mak angkat

geng kami. yang sebelah kanan sekali tu. sentiasa teman nurul. terlebih friendly kot.tapi sebenarnya rasa kurang lonely lau ngan dia. kdg2 rimas gak. hahaha

dah letih dah ni

ending tarik tali kat dalam kubang tu
lepas tu Bye bye kampung kubang lintah. Overall best la gak. Tp, xnk g dah kot baksis mana2 atas sebab2 tertentu. :P