Ni novel kegilaan sekarang kot. Andai itu TakdirNya karyaan Siti Rosmizah..
Nurul ni sebenarnya bukan suka sgt baca novel ni. Tapi masa duk saje2 kemas bwh meja, terjumpa novel ni dlm kotak kasut. Baca yg belakangnya, mcm pelik je. Kali ni nekad xmaw skip langsung. Best jugaklah. Bengkak mata tido kul 4am.. Kena berleter kejap ngn Mr K sebab dia kata confirm terkandas subuh. tp x pun. so, bak hadiah. hahah
Nurul start baca petang. non stop ok. dia ada 588 muka surat. banyak tau. sekali sekala tgok jauh, rabun mata jadinya. Mengalir gak air mata bila imagine kalaulah di tempat Aleya. Duk imagine Syed Aizril tu mesti handsome gile. Lau x, xdelah setiap girl suka kat dia. Even awek bestfriend dia sendiri pun jatuh cinta kat dia. Maybe ala2 Aaron Aziz. *blushed* ataupun tetttt... haih... lau handsome hati xbek xbest gak kan. hehehe. lau bek hati. ada gak babak yg romantis yg xmelampau sgt (mcm sesetenah novel).
Ni hah sinopsis dia
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.
Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.
Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.
Dalam masa dua hari dah khatamm 3 kali. amazing giler. lau buku akaun ke ape, mesti susah nk khatam.
ape menarik perhatian nurul untuk baca novel ni ialah ayat ni
Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak2 saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami disisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling
Masa tu macam pelik, pehal dia jadi balu sebelum masa ni. balu ni laki mati. ape jadi kat laki dia? Mcm org muda je. Lepas tu start baca n jadi ketagihan tahap kritikal. Mcm nk habis jugak. Dia byk gak plot 'tipu'. hehehe. Bahasa dia ok je. Mudah faham n imagine. Spae2 yg belum baca tu, boleh la baca.hehehe
p.s: dah tercapai hasrat nk domno's pizza.. yezzaaaaa~

No comments:
Post a Comment