Blog's Birthday

Lilypie Angel and Memorial tickers
I am looking for friends who are willing to wait for a bus queue and huddle in the commuter at a time when others were busy looking for friends with cars. =)

Wednesday, September 15, 2010

Resipi 03/08/10

Nurul sampai pagi jumaat. Penat lal yg teramat.. Thank tu en. Khalid yg gerak nurul bagun untuk sahur sebelum dia meneruskan perjalanannya ke Kelantan. En Khalid kembang la tu sebab dia glamour sebab nurul sebut nm dia di blog tercinta ni. hahahaha.. *gelak sambil hentak kaki*

Buka2 mata, dah ada kat Shah Alam. Thank god! Lau x mesti dah terlajak sampai ke ntah mana. Buka2 mata, nmpak en. Zulkifli sambil silang tgan menunggu kedatangan prncess dia yg hot ni. hahahaha.. Puji sendiri sekejap!

Sampai2 rumah, terus lentok atas katl.Kul 12 lebih tu. Izzat ngn adik pun datang bilik. Tgah duk tayang award h20 si adik tu. Sorry ye! kakak leltih sgt kot. Angguk tanda nmpak je. hahaha...

Petang tu mama masak la. n cik nurul wat ni.
Sambal belacan ayam penyet. Resipi senang jers~


* Sedikit minyak masak 
* 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas) 
* 10 biji Cili padi 
* 10 biji Bawang kecil/merah, hiris 
* 3 biji Bawang putih, hiris 
* 5 biji Tomato, potong 4 
* 5 cm Belacan 
* 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit 
* 3 sudu gula merah/secukup rasa 

1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan. 
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan. 
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan. 
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik. 
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus. 
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan. 
7. Masukkan gula merah dan gaul rata. 
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan. 



Photobucket

No comments:

Post a Comment